Posts

Showing posts from September, 2017

Ikan oh ikan..

Image
Ikan percik hari ni.. Resepi mudah saja Bawang putih Bawang merah Cili kering Halia Santan Serai Asam keping (aku guna asam kandis) Lengkuas ( resepi asal daripada ibu tak letak lengkuas ni, tapi aku tambah lengkuas sikit) Semua ditumbuk atau dikisar seterusnya disatukan dalam kuali..ikan di laut asam di darat dalam kuali bertemu jua...masak sekejap hingga pekat dan mengeluarkan aroma yang menyelerakan..akhir sekali  letak kuah atas ikan.ikan bakar dulu.aku bakar dalam periuk ajaib je..lepas tu letak dlm pinggan.taraaaa...sedia untuk dimakan...

Menu RIngkas Hari ini

Image
Hari ni lauk paling ringkas di Malaysia. Sedang duk melayan anak-anak terdengar ada orang di dapur..rupa-rupanya cik suami sedang buat ni...    Ikan kekek mak eloi-eloi ikan gelama mak ilai ilai...permintaannya nok make ike katok serai jah nak wat kuah cicoh budu katanya..  Ni ha hasilnya...tambah ikan goreng, sayur sawi untuk si kecil auni, budu, petai. Budu tu tambah cili..kene petik kat laman jap..            Haa selamat menjamu selera...

Terapi mata episod 2..

Image
Jom kita lihat apa yang ada di laman ibu..  Rumpun serai ibu menunggu untuk dimanfaatkan..sotong rebus masak (katok) serai, sate, tomyam...yummy  Lengkuas..tak payah beli dah..dah bleh tuai hasilnya..satu kepuasan  Mahkota Dewa pun ada..lihat khasiatnya di laman http://buahmahkotadewa2u.blogspot.sg/2013/01/khasiat-buah-mahkota-dewa.html?m=1 Haa ni dia si mulberry..en suami bawa dari tempat kerjanya..cepat membesar tapi ada penunggu....jengjengjeng. si semut merah bermain pada daun dan batang pokok ni. Bagaimana nak selesaikan masalah semut merah ni ya..                         Cik misai k pun ada.. salah satu ramuan ubat herba tok ayah.. Si dragon yang hidup segan mati tak mahu..sebabnya pokok ni tak nampak segar dan subur.nampak je gitu2 tapi buahnya manis dan besar. anak anak suka sangat buah ni. Pstt: baru 2 biji buahnya bleh dimakan.haha           ...

Terapi mata

Image
                   Terapi mata....ku lihat hijau                       Sini ruang si manja..  Si jasmin ni di beli di taman KakYAh laluan nak ke Kota BHaru.. putih bersih, buka je pintu rumah mesti pandang si jasmin ni.             Keladi dan pokok pisang ibu Nampak tak yang menjalar tu..pokok kacang botol ni en.suami semai dah lama..baru memunculkan diri, tak lama lagi boleh buat ulam cicah budu.

Intai_sepetang di laman semaian

Image
Di sini kasih mulai bersemi..menyembunyikan resah menjauhkan rasa...menikmati keindahan.

intai_laman denai hati

18 SEPTEMBER.. Jari   mula ligat mengetuk papan kekunci sambil otak ligat mencari identiti mentafsirkan laman denai hati terus ke daerah maya ini. Yang indah di sini, perkongsian menelusuri denai hati meneroka mimpi, memberi inspirasi dan erti bermakna untuk diri. " menjana minda kritis memerlukan usaha yang bijaksana"