Pagi tadi dikejutkan oleh sekumpulan murid.aduh aduh sayang..perasaan hanya Tuhan yang tahu. Tengahari... Mek buatkan kuih koci untuk kali yang pertama..hehe Sedap juga..walaupun kukusan pertama lembik...kukusan kedua baru menjadi. Sedap!aku yang makan banyak.satu satu ku telan...tak tengok orang kiri kanan..belanja gambar kuih koci.. #enakrasanya Petang Saat hati berbicara...menghilangkan rasa dihati, mencari damai di laman bonda menyemai kasih di sini. Tanpa rasa sedih pilu, bermain dengan kehijauan anugerah ilahi Tenangnya membuai rasa. Inginku buang jauh nun di sana... Namun rencah kehidupan, ditambah pelbagai rempah penyedap rasa. Di laman bonda ini kucuba cambahkan tautan kasih untuk mencari makna dan rasa sehati serasi seikhlas budi. Tuai padi antara masak...esok jangan layu layuan intai kami antara nampak..esok jangan rindu-rinduan. Apa ada di dalam?...si gupi...terpaksa letak banyak pokok untuk elakkan anak-anak kecilku auni dan hafiy ternampak ...