Posts

Hari-hari

Hari-hari berlalu Masa pantas berlari Mampukah dikejar Diundur tidak boleh Keriangan  mereka disekeliling membuatkan hati kadang terdetik sayu Keriangan itu juga yang aku dambakan.. Suasana dahulu Diingati selalu.. Hadirlah bahagia itu Tanpa  rasa tanpa curiga Jauhkan  negatif itu..

Maafkan mama

Maafkan mama anak-anakku, kebahagian kalian sedikit terganggu, Mama pentingkan perasaan itu sehingga membiarkan kalian setiap hari bertanya..kenapa ibu? Kenapa mama? ... Setiap hari ku renung wajah seorang demi seorang rasanya..hanya Dia yang satu. Anak anugerah dan amanah dariMu..
Pernah suatu ketika Diri hidup tanpa haluan Ke mana arah angin bertiup..ke situlah kaki melangkah Berusaha menghalang diri daripada memikirkan perkara yang telah lama sepi..masa lalu adalah masa lalu...sukar untuk dilupa tetapi perlu dilupa Kita bukan berada di sana Kita disini Kuharungi setiap satu Rasa seolah satu perkara yang sangat sukar...cuba memahami mencari Ujian itu indah Cuba kufahami Sukar menepis tohmahan Biarlah masa lalu manjadi sejarah yang menguatkan keimanan Jaga dari mimpi indah cuba jadi diri sendiri.

Persoalan

Image
             rasa-rasa lagu apa maksud di sebalik gambar ini...

Jumaat...peristiwa hari ini

Image
Pagi tadi dikejutkan oleh sekumpulan murid.aduh aduh sayang..perasaan hanya Tuhan yang tahu. Tengahari... Mek buatkan kuih koci untuk kali yang pertama..hehe Sedap juga..walaupun kukusan pertama lembik...kukusan kedua baru menjadi. Sedap!aku yang makan banyak.satu satu ku telan...tak tengok orang kiri kanan..belanja gambar kuih koci.. #enakrasanya Petang Saat hati berbicara...menghilangkan rasa dihati, mencari damai di laman bonda menyemai kasih di sini. Tanpa rasa sedih pilu, bermain dengan kehijauan anugerah ilahi Tenangnya membuai rasa. Inginku buang jauh nun di sana... Namun rencah kehidupan, ditambah pelbagai rempah penyedap rasa. Di laman bonda ini kucuba cambahkan tautan kasih untuk mencari makna dan rasa sehati serasi seikhlas budi. Tuai padi antara masak...esok jangan layu layuan intai kami antara nampak..esok jangan rindu-rinduan. Apa ada di dalam?...si gupi...terpaksa letak banyak pokok untuk elakkan anak-anak kecilku auni dan hafiy ternampak ...

Ikan oh ikan..

Image
Ikan percik hari ni.. Resepi mudah saja Bawang putih Bawang merah Cili kering Halia Santan Serai Asam keping (aku guna asam kandis) Lengkuas ( resepi asal daripada ibu tak letak lengkuas ni, tapi aku tambah lengkuas sikit) Semua ditumbuk atau dikisar seterusnya disatukan dalam kuali..ikan di laut asam di darat dalam kuali bertemu jua...masak sekejap hingga pekat dan mengeluarkan aroma yang menyelerakan..akhir sekali  letak kuah atas ikan.ikan bakar dulu.aku bakar dalam periuk ajaib je..lepas tu letak dlm pinggan.taraaaa...sedia untuk dimakan...

Menu RIngkas Hari ini

Image
Hari ni lauk paling ringkas di Malaysia. Sedang duk melayan anak-anak terdengar ada orang di dapur..rupa-rupanya cik suami sedang buat ni...    Ikan kekek mak eloi-eloi ikan gelama mak ilai ilai...permintaannya nok make ike katok serai jah nak wat kuah cicoh budu katanya..  Ni ha hasilnya...tambah ikan goreng, sayur sawi untuk si kecil auni, budu, petai. Budu tu tambah cili..kene petik kat laman jap..            Haa selamat menjamu selera...